Solat Berjemaah


Pengertian solat jemaah
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.
Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.
Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
  1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
  2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
  3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.
Selepas ini insya-Allah akan diterangkan fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi dorongan kepada kita semua agar cintakan solat berjemaah.
Wallahu a’lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TERIMA KASIH CIKGU..........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DARAH SELEPAS KEGUGURAN

DARAH SELEPAS KEGUGURAN; Adakah ia nifas?

Soalan; Assalamualaikum ustaz. selepas keguguran, darah yang keluar adakah nifas? dan berapa lamakah tempoh nifas keguguran? adakah sama dengan nifas bersalin? atau dikira sama dengan tempoh haid?

Jawapan;

1. Menurut mazhab Syafiie; Tidak disyaratkan untuk dikira darah nifas bahawa bayi yang dilahirkan itu hidup atau sempurna kejadian. Asalkan disahkan bahawa yang keluar itu adalah janin manusia maka sabitlah hukum nifas bagi darah yang keluar selepas keluarnya janin itu sekalipun janin itu belum menampakkan rupa manusia iaitu hanya berupa seketul daging semata-mata.

2. Nifas yang keluar kerana keguguran dari segi hukum sama seperti nifas kerana kelahiran. Tempoh paling singkat ialah seketika/sedetik dan paling lama ialah 60 hari (menurut mazhab Syafiie) atau 40 hari (menurut jumhur ulamak).

3. Jika nifas datang beberapa hari dan kemudian berhenti, hendaklah diperhatikan; jika tempoh berhentinya l5 hari atau lebih, ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Jika keluar semula darah selepas itu, ia dianggap darah haid bukan nifas lagi. Adapun jika tempoh berhentinya kurang dari 15 hari (seperti berhenti 5 hari dan datang semula darah selepas itu), ia masih dianggap darah nifas. Sehinggalah bila melepasi tempoh maksima nifas tadi (iaitu 40 hari mengikut jumhur ulamak atau 60 hari mengikut mazhab Syafiie), jika ditakdirkan darah masih keluar, ia bukan lagi darah nifas akan tetapi darah haid (jika ada tanda-tanda haid dan menepati hari kebiasaan haid) atau istihadhah (jika darah yang masih keluar itu tiada tanda-tanda haid).

4. Jika ditakdirkan seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah sedikitpun selepas bersalinnya dan keadaan itu berterusan hingga 15 hari, maka ia dianggap suci secara keseluruhannya. Jika keluar darah selepas 15 hari itu, maka darah itu dikira darah haid, bukan darah nifas. Dalam kes ini, wanita tersebut dianggap tidak bernifas.

Untuk mendapat maklumat lebih terperinci tentang nifas, sila baca di laman FIQH ANDA, di bahagian Darah-Darah Wanita.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Buku Fiqh Toharah (Bersuci), Ahmad Adnan bin Fadzil.
2. Tamam al-Minnah, Syeikh ‘Adil al-‘Azzazi, 1/142.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH


CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran                                    : Pendidikan Islam
Kelas                                                   : Pra Delima
Tarikh                                                  : 9 November 2011
Hari                                                     : Rabu
Masa                                                    : 8.40 - 9.10 pagi
Bilangan Murid                                   : 25 Orang
Tajuk                                                   : Mari Bersuci
Tunjang Utama                                   : Kerohanian Sikap dan Nilai
Standard Pembelajaran                       : (P1 2.1.3) Menyatakan cara menjaga kebersihan tubuh badan
Tunjang Lain Yang disepadukan        : Perkembangan Fizikal, Komunikasi Bahasa Melayu
Objektif                                               : Murid dapat menyatakan cara menjaga kebersihan tubuh badan
Konsep Utama                                                : Kebersihan adalah satu ibadah
Alatan                                                             : Kad gambar, baldi, sabun, tuala mandi, sikat, anak patung




LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI P&P
CATATAN
Pendahuluan
( 2 Minit )
Doa belajar:




Mengucap Dua kalimah Syahadah:




Murid-murid membaca Doa Belajar dan Mengucap Dua Kalimah Syahadah secara kelas

Set Induksi
( 3 Minit )
Guru memperdengarkan lagu “Bersihkan Diri”
1.      Murid diminta mendengarnya dengan teliti
2.      Guru mengaitkan dengan tajuk hari ini
Kemahiran Berfikir:
Pemikiran reflektif

Teknik:
sumbangsaran
Langkah 1
( 7 Minit )
Teori Bersuci
1.      Guru menerangkan tentang bersuci
2.      Bersoal jawab dengan murid
3.      Murid memberikan jawapan dan guru merumuskannya
4.      Guru menerangkan cara-cara yang betul ketika bersuci
Kemahiran Berfikir:
Menjana idea

Teknik:
Soal jawab
Penerangan

Langkah 2
(8 Minit)
Amali Bersuci
1.      Guru akan menunjukkan cara bersuci dengan betul dengan menggunakan anak patung
2.      4 orang murid diminta melakukan cara bersuci dengan betul dengan menggunakan anak patung

BBM:
Air
Sabun
Baldi
Tuala


LANGKAH 3
(5 Minit)
Penilaian
Murid diminta:
1.      Menyebut Pengertian Bersuci
2.      Menyatakan cara bersuci air kecil dan air besar
3.      Menyatakan cara menjaga kebersihan dengan betul
Kemahiran Berfikir:
Banding beza
Sumbangsaran
Penutup
(5 Minit)
Rumusan  dan refleksi
*      Kebersihan adalah penting di dalam Islam
*      Kebersihan dan bersuci adalah berbeza
*      Kebersihan akan menjamin kesihatan diri
Guru merumuskan bahawa kebersihan adalah satu ibadat dan menyatakan bahawa Islam menekankan soal kebersihan serta kesucian dalam ibadat
Nilai:
Kesedaran kendiri

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS