PANDUAN PELAKSANAAN
MODEL KHATAM AL-QURAN
TAHUN 1
1. PENDAHULUAN
Bahagian panduan ini bertujuan memberi penjelasan mengenai Model Khatam al-Quran dan cara pelaksanaannya. Panduan ini menyentuh takrif, objektif, kumpulan sasar, strategi pelaksanaan, agihan, kaedah pengajaran dan pembelajaran, serta penilaian.
2. TAKRIF
Model Khatam al-Quran ialah program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran.
3. OBJEKTIF
3.1 Murid dapat menguasai kemahiran bacaan al-Quran dengan kaedah Iqra’.
3.2 Murid dapat mengenal dan membaca Iqrak 1-6 dengan lancer dan bertajwid..
3.3 Murid dapat menghabiskan bacaan Buku Iqrak 1-6.
4. KUMPULAN SASARAN
Semua murid yang beragama Islam Tahun Satu Sekolah Rendah.
5. STRATEGI PELAKSANAAN
5.1. Tempoh Pelaksanaan
Murid Tahun Satu akan mengikuti aktiviti Model Khatam al-Quran sepanjang tahun bermula Januari hingga Oktober dengan member penekanan kepada penguasaan kemahiran bacaan al-Quran berdasarkan Buku Iqrak.
5.2. Peruntukan Waktu
Pengajaran dan pembelajaran di Tahun Satu berfokus kepada penguasaan kemahiran membaca Iqrak 1-6 mulai Januari hingga Jun dengan peruntukan masa empat waktu seminggu dan tiga waktu daripada Julai hingga November.
5.3. Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
i. Murid Tahun 1 hendaklah menggunakan buku Iqra’ 1 hingga 6 dengan berdasarkan Agihan Bacaan Iqra’ Model Khatam al-Quran di Lampiran A.
ii. Proses P&P model ini bermula dengan penentuan tahap pencapaian murid melalui satu ujian ringkas (Lampiran B) untuk tujuan diagnostik.
iii. Ujian ini boleh juga dilakukan dengan menggunakan instrumen yang disediakan oleh pihak sekolah.
iv. Berdasarkan hasil ujian guru membahagikan murid kepada beberapa kelompok mengikut tahap kebolehan masing-masing. Bagi murid yang belum membaca Iqra’ dimulakan dengan Iqra’ 1 manakala murid yang telah membaca Iqra’ dan menguasainya mereka menyambung bacaan pada buku Iqra’ yang seterusnya. Murid-murid yang telah menguasai bacaan al-Quran boleh meneruskan dengan aktiviti bacaan al-Quran model khatam al-Quran. Murid yang telah khatam akan mengulangi bacaan untuk tujuan peningkatan mutu bacaan al-Quran.
v. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara individu menggunakan pendekatan talaqqi dan musyfahah.
vi. Proses talaqqi dan musyafahah dalam kelas dikendalikan oleh Guru Pendidikan Islam (GPI) dan 3 orang guru j-QAF. Proses ini dilakukan secara langsung oleh guru untuk setiap murid. Guru hendaklah menetapkan sasaran minima lima minit masa bacaan untuk setiap murid bagi setiap waktu P&P. Bagi kelas yang ramai murid sasaran ini sukar dicapai, oleh itu guru boleh meminta dua orang murid yang berkebolehan membaca secara serentak.
vii. Penilaian hendaklah dilakukan pada setiap bulan pengajaran dijalankan. Laporan penilaian Iqra’ hendaklah dilengkapkan dengan menggunakan borang penilaian al-Quran seperti yang digunakan dalam Pelaksanaan Program Jawi dan al-Quran Enam Bulan Pertama Tahun Satu 2005.
viii. Penilaian khatam al-Quran hendaklah dijalankan dengan berpandukan kepada agihan markah di halaman 8.
ix. Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang diharapkan dalam tempoh tersebut, pemulihan mesti dijalankan agar tidak ada pelajar yang tercicir.
x. Selepas tamat tempoh 6 bulan satu lagi bentuk penilaian keseluruhan hendaklah dibuat bagi mengenalpasti semua pelajar dapat membaca al-Quran dengan baik.
5.4 Agihan Iqra’ dan Agihan Rancangan Mingguan seperti yang dinyatakan dalam Lampiran A adalah sebagai panduan di mana murid cemerlang boleh meneruskan bacaan al-Quran tanpa terikat dengan agihan juzuk yang dicadangkan.
6. AGIHAN TUGAS
6.1 Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam, Penolong Pengarah Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri, Pegawai j-QAF dan Penyelia Pelajaran Daerah bertanggungjawab memastikan program j-QAF berjalan seperti yang dijadualkan
6.2 Guru Besar bertanggungjawab
i. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program j-QAF;
ii. memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna;
iii. memantau pelaksanaan program;
iv. mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. Laporan pencapaian murid dibuat menggunakan borang Analisa Pencapaian Murid.
6.3 Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab;
i. bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah;
ii. mengadakan mesyuarat dan perbincangan pelaksanaan program j-QAF;
iii. bekerjasama dengan Guru j-QAF menyediakan keperluan pelaksanaan program j-QAF; dan
iv. menyemak laporan.
6.4 Guru Pendidikan Islam bertanggungjawab
i. membimbing guru j-QAF dalam melaksanakan P & P;
ii. penyelarasan P & P dalam bilik darjah;
iii. memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod Bacaan al-Quran; dan
iv. bersama guru j-QAF membuat pengesahan bacaan setiap murid seminggu sekali dalam Buku Rekod Bacaan al-Quran.
6.5 Guru j-QAF
i. bersama guru Pendidikan Islam membahagikan murid-murid kepada beberapa kelompok mengikut tahap penguasaan bacaan;
ii. membantu dan membimbing murid secara individu;
iii. mencatat bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan al-Quran mengikut kelompok masing-masing;
iv. mengenalpasti kelemahan murid dan membuat catatan dalam Buku Rekod Mengajar; dan
v. membuat laporan pencapaian murid sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Oktober.
7. KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
7.1 Murid mendengar bacaan contoh dari guru, kaset contoh bacaan, CD atau lain-lain.
7.2 Murid membaca dengan bimbingan guru PI, guru j-QAF atau murid turus.
7.3 Guru PI, guru j-QAF atau murid turus membetulkan bacaan murid.
7.4 Guru PI, guru j-QAF atau murid turus mengesahkan bacaan murid dengan memberikan pujian.
8.1 Sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah/Gabungan (PPD/PPG pada setiap bulan Julai dan Okt).
8.2 PPD kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN pada setiap bulan Julai dan Okt).
8.3 JPN kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI, BPK dua kali setahun iaitu Julai dan Oktober).
Agihan markah
i. Jumlah ayat : 60 markah
ii. Kualiti bacaan : 40 markah
Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang di baca oleh murid iaitu :
ayat tertinggi X 60 =
Jumlah ayat keseluruhan
Kualiti bacaan seseorang murid dinilai berdasarkan aspek bacaan berikut:
POTONGAN MARKAH | PERKARA YANG DINILAI | |||||||||
40 | 39 | 38 | 37 | 36 | 35 | 34 | 33 | 32 | 31 | |
30 | 29 | 28 | 27 | 26 | 25 | 24 | 23 | 22 | 21 | |
20 | 19 | 18 | 17 | 16 | 15 | 14 | 13 | 12 | 11 | |
10 | 9 | 8 | 7 | 6 | 5 | 4 | 3 | 2 | 1 | |
| ||||||||||
Markah Keseluruhan | |
Catatan :
i. Potongan dibuat bermula dari angka 40 (contoh pemotongan 40)
ii. Setiap satu kesalahan dipotong satu markah.
iii. Setiap kesalahan yang berulang dipotong satu markah sahaja.
Apabila menggunakan elemen dalam perkara yang dinilai, guru perlu mengambil kira keupayaan murid di tahun satu, tidak disamakan dengan keupayaan murid sekolah menengah atau orang dewasa.
Lampiran A
Agihan Bacaan Iqra’
Model Khatam Al-Quran
ميغضو | فركارا | تاجوق | وقتو | خاتتن |
1 | اقرأ 1 هلامن 6 - 1 | مثبوت دان ممباخ حروف هجاءية توغضل برباريس ساتو دأتس ( ا-خ ) | 4 | |
2 | اقرأ 1 هلامن 14 - 7 | مثبوت دان ممباخ حروف هجاءية توغضل برباريس ساتو دأتس ( د- ض ) | 4 | |
3 | اقرأ 1 هلامن 21 - 15 | مثبوت دان ممباخ حروف هجاءية توغضل برباريس ساتو دأتس ( ط- ك ) | 4 | |
4 | اقرأ 1 هلامن 27 - 22 | مثبوت دان ممباخ حروف هجاءية توغضل برباريس ساتو دأتس ( ل- ي ) | 4 | |
5 | اقرأ 2 هلامن 13 - 1 | كلمة يغ مغاندوغي 2,3 دان 4 حروف برسامنوغ برباريس دأتس. | 4 | |
6 | اقرأ 2 هلامن 30 - 14 | كلمة يغ مغاندوغي حروف مد دان تندا مد | 4 | |
7 | اقرأ 3 هلامن 5 - 1 | حروف دان كلمة برباريس ساتو دباوه دباخ فينديق اتاو فنجغ. | 4 | |
7 | اقرأ 3 هلامن 13 - 6 | حروف دان كلمة برباريس ساتو دباوه دباخ فينديق اتاو فنجغ. | 4 | |
8 | اقرأ 3 هلامن 30 - 14 | حروف دان كلمة برباريس هادفن دباخ فينديق دان فنجغ | 4 | |
9 | اقرأ 4 هلامن 6 - 1 | باخاءن تنوين | 4 | |
10 | اقرأ 4 هلامن 10 - 7 | باخاءن فنجغ (لين) | 4 | |
11 | اقرأ 4 هلامن 15 - 11 | باخاءن نون سكينه دان ميم سكينه | 4 | |
12 | اقرأ 4 هلامن 17 - 16 | باخاءن قلقله | 4 | |
13 | اقرأ 4 هلامن 20 - 18 | باخاءن حروف۲ سكينه | 4 | |
13 | اقرأ 4 هلامن 30 - 21 | باخاءن حروف۲ سكينه | 4 | |
14 | اقرأ 5 هلامن 2 - 1 | حروفاليف تيدق اد فد باخاءنث | 2 | |
اقرأ 5 هلامن 5 - 3 | وقف حروف اخير دباخ سكون | 2 | | |
15 | اقرأ 5 هلامن 6 | وقف فد حروف تنوين برباريس دوا دأتس | 2 | |
اقرأ 5 هلامن 8 - 7 | وقف فد حروف "ت" مربوطه | 2 | | |
16 | اقرأ 5 هلامن 9 | تندا باخاءن فنجغ لبيه دوا حركة | 2 | |
اقرأ 5 هلامن 11 - 10 | نون دان ميم شدة | 2 | | |
17 | اقرأ 5 هلامن 13 - 12 | "ال" اد فد باخاءن دان اليف لام "ال" تيدق اد فد باخاءن | 2 | |
اقرأ 5 هلامن 19 - 14 | حروف لاءين برتندا تشديد | 2 | | |
18 | اقرأ 5 هلامن 20 | ميم سكينه برتمو "ب" | 2 | |
اقرأ 5 هلامن 23 - 21 | باخاءن كلمه الله دباخ تبل دان نيفيس | 3 | | |
19 | اقرأ 5 هلامن 26 - 24 | " ن " سكينه دان تنوين برتمو " ل " دان " ر " | 3 | |
20 | اقرأ 5 هلامن 30 - 27 | باخاءن فنجغ انم حركة فد تندا " B " | 3 | |
21 | اقرأ 6 هلامن 6 - 1 | نون سكينه دان تنوين برتمو حروف " و " دان " ي " | 3 | |
22 | اقرأ 6 هلامن 10 - 7 | نون سكينه دان تنوين برتمو حروف "ب" | 3 | |
23 | اقرأ 6 هلامن 18 - 11 | اخفاء حقيقي | 3 | |
24 | اقرأ 6 هلامن 20 - 19 | تندا وقف | 3 | |
25 | اقرأ 6 هلامن 26 - 21 | وقف فد كلمة ترتنتو | 3 | |
26 | اقرأ 6 هلامن 27 | باخاءن حروف دأول سورة | 3 | |
27 | الفاتحة اية 4 - 1 | حفظن | 3 | |
28 | الفاتحة اية 7 - 5 | حفظن | 3 | |
29 | الفاتحة اية 7 - 1 | باخاءن دان حفظن | 3 | |
30 | سورة الناس اية 3 - 1 | حفظن | 3 | |
31 | سورة الناس اية 6 - 1 | حفظن | 3 | |
32 | سورة الفلق اية 3 - 1 | حفظن | 3 | |
33 | سورة الفلق اية 5 - 1 | حفظن | 3 | |
34 | سورة الاخلاص اية 2 - 1 | حفظن | 3 | |
35 | سورة الاخلاص اية 4 - 1 | حفظن | 3 | |
36 | سورة الفاتحة الفلق الناس الاخلاص | حفظن | 3 | |
0 comments:
Post a Comment