PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KHATAM AL-QURAN
MODEL TASMIK
1. PENDAHULUAN
Model Tasmik telah dicadang dan mendapat respon yang baik daripada pelbagai peringkat pengurusan Kementerian Pelajaran dan daripada pelbagai pihak lain. Panduan ini bertujuan menjelaskan mengenai Model Tasmik Khatam Al-Quran dan cara pelaksanaannya. Penjelasan dalam panduan ini menyentuh tentang takrif, objektif, kumpulan sasar, strategi pelaksanaan, agihan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.
2. TAKRIF
Model Tasmik Khatam al-Quran ialah satu program membimbing dan merekod perkembangan Iqra’ dan bacaan al-Quran murid secara individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam al-Quran semasa berada di Sekolah Rendah dan dilaksanakan di luar jadual waktu.
3. OBJEKTIF
3.1 Murid dapat membaca al Quran dengan bertajwid.
3.2 Murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk apabila tamat tahun 6 (sekolah rendah)
4. KUMPULAN SASAR
Semua murid beragama Islam sekolah rendah.
5.1 Semua murid hendaklah menggunakan buku Iqra’ yang diluluskan oleh Kementerian dan al-Quran Rasm Uthmani.
5.2 Setiap murid perlu mempunyai Guru Tasmik yang dilantik oleh pihak sekolah.
5.3 Guru tasmik terdiri daripada guru j-QAF. Pihak sekolah boleh melantik guru Pendidikan Islam dan guru akademik yang berkebolehan al-Quran untuk terlibat dalam program ini. Murid yang telah khatam al-Quran juga boleh menjadi pembantu kepada guru Tasmik.
5.4 Guru Tasmik hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan al-Quran setiap kali ditasmik.
5.5 Murid yang masih tidak dapat menguasai Iqra’ dan bacaan al-Quran perlu dibimbing secara berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti yang sesuai seperti Kem Literasi al-Quran, kelas tambahan dan sebagainya oleh guru j-QAF dan Guru Pendidikan Islam
5.6 Guru j-QAF hendaklah menilai dan mengesahkan pencapaian murid sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam Buku Rekod Bacaan al-Quran yang disediakan oleh guru.
5.7 Guru j-QAF hendaklah memastikan murid-murid mendapat bimbingan dari Guru Tasmik sebelum penilaian dilaksanakan.
5.8 Murid dikehendaki membaca al-Quran berdasarkan agihan muka surat yang dicadangkan dalam agihan rancangan tahunan bacaan individu di Lampiran A.
5.9 Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat dengan agihan juzuk yang dicadangkan.
5.10 Bagi melaksanakan agihan yang dicadangkan, murid digalakkan membaca al-Quran setiap hari supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada kualiti bacaan. Ini penting terutama bagi murid yang belum menguasai bacaan.
5.11 Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran pada masa-masa yang sesuai (luar jadual waktu) seperti:
a. Waktu petang bagi sesi pagi
b. Waktu pagi bagi sesi petang
c. Waktu Kokurikulum
5.12 Pihak sekolah hendaklah membuat penilaian dan menyediakan laporan kepada JPN.
6. AGIHAN TUGAS
6.1 Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam, Penolong Pengarah Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri, Pegawai j-QAF dan Penyelia Pelajaran Daerah bertanggungjawab memastikan program j-QAF berjalan seperti yang dijadualkan.
6.2 Guru Besar bertanggungjawab
a. menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah;
b. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program j-QAF;
c. mengeluarkan surat pelantikan kepada guru pembimbing;
d. memberi taklimat kepada guru pembimbing murid yang terlibat;
e. memastikan program j-QAF ini dapat dilaksanakan dengan sempurna;
f. memantau perlaksanaan Model Tasmik; dan
g. mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantar ke JPN. Laporan pencapaian murid dibuat menggunakan format pelaporan Analisa Pencapaian Murid yang disediakan oleh BPI.
6.3 Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab
a. bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah;
b. mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi menentukan Guru Tasmik;
c. bekerjasama dengan Guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan pelaksanaan program j-QAF; dan
d. menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran.
6.4 Guru j-QAF bertanggungjawab
a. mengumpul data guru tasmik al-Quran;
b. menentukan Guru Tasmik untuk semua murid yang terlibat dengan projek ini;
c. menjadi penilai serta membuat pengesahan dalam rekod bacaan al-Quran murid seminggu sekali;
d. menentukan pencapaian murid dan dicatatkan dalam Buku Rekod Bacaan al-Quran;
e. memaklumkan sebarang masalah murid dan Guru Tasmik kepada jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah;
f. membuat laporan dengan mengisi borang pencapaian al-Quran seperti lampiran; dan
g. memantau pelaksanaan Tasmik dijalankan.
6.5 Guru Tasmik bertanggungjawab;
a. membimbing murid sehingga khatam al-Quran;
b. mencatat setiap kali bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan al-Quran;
c. mengenalpasti kelemahan dan membuat pemulihan; dan
d. mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang timbul.
7. PENILAIAN
Seperti yang dinyatakan dalam model Khatam al-Quran, penilaian menyeluruh pencapaian murid hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan. Laporan yang dinyatakan dalam borang-borang berkenaan mengandungi pencapaian murid yang merangkumi kedua-dua model. Ini kerana pencapaian murid untuk kedua-dua model ini direkodkan dalam Buku Rekod Bacaan al-Quran dan borang tersebut menggunakan maklumat dari buku ini.
Lampiran A
اضيهن رانخغن ميغضوان تسميع تاهون 1
اونيت | اقرأ / سورة | هلامن / اية | اية | |
1 | اقرأ 1 | 6 – 1 | مثبوت دان ممباخ حروف هجاءية توغضل برباريس ساتو دأتس ( ا-خ ) | |
2 | اقرأ 1 | 14- 7 | مثبوت دان ممباخ حروف هجاءية توغضل برباريس ساتو دأتس ( د- ض ) | |
3 | اقرأ 1 | 21- 15 | مثبوت دان ممباخ حروف هجاءية توغضل برباريس ساتو دأتس ( ط- ك ) | |
4 | اقرأ 1 | 27 – 22 | مثبوت دان ممباخ حروف هجاءية توغضل برباريس ساتو دأتس ( ل- ي ) | |
5 | اقرأ 2 | 13 – 1 | كلمة يغ مغاندوغي 2,3 دان 4 حروف برسامنوغ برباريس دأتس. | |
6 | اقرأ 2 | 30 - 14 | كلمة يغ مغاندوغي حروف مد دان تندا مد | |
7 | اقرأ 3 | 5 – 1 | حروف دان كلمة برباريس ساتو دباوه دباخ فينديق اتاو فنجغ. | |
7 | اقرأ 3 | 13 – 6 | حروف دان كلمة برباريس ساتو دباوه دباخ فينديق اتاو فنجغ. | |
8 | اقرأ 3 | 30 – 14 | حروف دان كلمة برباريس هادفن دباخ فينديق دان فنجغ | |
9 | اقرأ 4 | 6 – 1 | باخاءن تنوين | |
10 | اقرأ 4 | 10 – 7 | باخاءن فنجغ (لين) | |
11 | اقرأ 4 | 15 – 11 | باخاءن نون سكينه دان ميم سكينه | |
12 | اقرأ 4 | 17 – 16 | باخاءن قلقله | |
13 | اقرأ 4 | 20 – 18 | باخاءن حروف۲ سكينه | |
13 | اقرأ 4 | 30 – 21 | باخاءن حروف۲ سكينه | |
14 | اقرأ 5 | 2 – 1 | حروفاليف تيدق اد فد باخاءنث | |
14 | اقرأ 5 | 5 – 3 | وقف حروف اخير دباخ سكون | |
15 | اقرأ 5 | 6 | وقف فد حروف تنوين برباريس دوا دأتس | |
15 | اقرأ 5 | 8 – 7 | وقف فد تا مربوطه | |
16 | اقرأ 5 | 9 | تندا باخاءن فنجغ لبيه دوا حركة | |
16 | اقرأ 5 | 11 – 10 | نون دان ميم شدة | |
17 | اقرأ 5 | 13 – 12 | اليف لام اد فد باخاءن دان اليف لام تيدق اد فد باخاءن | |
17 | اقرأ 5 | 19 – 14 | حروف لاءين برتندا تشديد | |
18 | اقرأ 5 | 20 | ميم سكينه برتمو "ب" | |
18 | اقرأ 5 | 23 – 21 | باخاءن كلمه الله دباخ تبل دان نيفيس | |
19 | اقرأ 5 | 26 – 24 | نون سكينه دان تنوين برتمو " ل " دان " ر " | |
20 | اقرأ 5 | 30 – 27 | باخاءن فنجغ انم حركة فد تندا " " | |
21 | اقرأ 6 | 6 – 1 | نون سكينه دان تنوين برتمو حروف "و" دان "ي" | |
22 | اقرأ 6 | 10 – 7 | نون سكينه دان تنوين برتمو حروف "ب" | |
23 | اقرأ 6 | 18 – 11 | اخفاء حقيقي | |
24 | اقرأ 6 | 20 – 19 | تندا وقف | |
25 | اقرأ 6 | 26 – 21 | وقف فد كلمة ترتنتو | |
26 | اقرأ 6 | 27 | باخاءن حروف دأول | |
27 | الفاتحة | اية 4 - 1 | حفظن | |
28 | الفاتحة | اية 7 - 5 | حفظن | |
29 | الفاتحة | اية 7 - 1 | باخاءن دان حفظن | |
30 | الناس | اية 3 - 1 | حفظن | |
31 | الناس | اية 6 - 1 | حفظن | |
32 | الفلق | اية 3 - 1 | حفظن | |
33 | الفلق | اية 6 - 1 | حفظن | |
34 | الاخلاص | اية 4 - 1 | حفظن | |
35 | الاخلاص | اية 4 - 1 | حفظن | |
36 | الفاتحة الفلق الناس الاخلاص | 7 – 1 5 – 1 6 – 1 4 – 1 | حفظن |
0 comments:
Post a Comment