CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Kelas : Pra Delima
Tarikh : 9 November 2011
Hari : Rabu
Masa : 8.40 - 9.10 pagi
Bilangan Murid : 25 Orang
Tajuk : Mari Bersuci
Tunjang Utama : Kerohanian Sikap dan Nilai
Standard Pembelajaran : (P1 2.1.3) Menyatakan cara menjaga kebersihan tubuh badan
Tunjang Lain Yang disepadukan : Perkembangan Fizikal, Komunikasi Bahasa Melayu
Objektif : Murid dapat menyatakan cara menjaga kebersihan tubuh badan
Konsep Utama : Kebersihan adalah satu ibadah
Alatan : Kad gambar, baldi, sabun, tuala mandi, sikat, anak patung
LANGKAH | ISI PELAJARAN | AKTIVITI P&P | CATATAN |
Pendahuluan ( 2 Minit ) | Doa belajar: Mengucap Dua kalimah Syahadah: | Murid-murid membaca Doa Belajar dan Mengucap Dua Kalimah Syahadah secara kelas | |
Set Induksi ( 3 Minit ) | Guru memperdengarkan lagu “Bersihkan Diri” | 1. Murid diminta mendengarnya dengan teliti 2. Guru mengaitkan dengan tajuk hari ini | Kemahiran Berfikir: Pemikiran reflektif Teknik: sumbangsaran |
Langkah 1 ( 7 Minit ) | Teori Bersuci | 1. Guru menerangkan tentang bersuci 2. Bersoal jawab dengan murid 3. Murid memberikan jawapan dan guru merumuskannya 4. Guru menerangkan cara-cara yang betul ketika bersuci | Kemahiran Berfikir: Menjana idea Teknik: Soal jawab Penerangan |
Langkah 2 (8 Minit) | Amali Bersuci | 1. Guru akan menunjukkan cara bersuci dengan betul dengan menggunakan anak patung 2. 4 orang murid diminta melakukan cara bersuci dengan betul dengan menggunakan anak patung | BBM: Air Sabun Baldi Tuala |
LANGKAH 3 (5 Minit) | Penilaian | Murid diminta: 1. Menyebut Pengertian Bersuci 2. Menyatakan cara bersuci air kecil dan air besar 3. Menyatakan cara menjaga kebersihan dengan betul | Kemahiran Berfikir: Banding beza Sumbangsaran |
Penutup (5 Minit) | Rumusan dan refleksi Kebersihan adalah penting di dalam Islam Kebersihan dan bersuci adalah berbeza Kebersihan akan menjamin kesihatan diri | Guru merumuskan bahawa kebersihan adalah satu ibadat dan menyatakan bahawa Islam menekankan soal kebersihan serta kesucian dalam ibadat | Nilai: Kesedaran kendiri |
1 comments:
Assalamualaikum puan, mf sy nk tnye puan ad jual contoh rph pendidikan islam?
Post a Comment